Skip to main content
,

Program Istiqbal Nuzul Al-Quran Ramadhan 1445H/2024M

 (Mukim Tambisan)

Peringkat Daerah Kecil Tungku

 

Seramai 150 orang yang terdiri daripada wakil Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan, SPRM, FELDA & FGV, PERKESO, anggota bersama Pegawai tertinggi dari pelbagai agensi  keselamatan dan guru-guru SAR/SAN menghadiri Program Istiqbal Nuzul Al-Quran yang diadakan setiap tahun di daerah Kecil Tungku. Program ini dirasmikan oleh Y.Bhg Tuan Hj.Momen @ Abd Mukmin Bin Anchai (Pengerusi Badan Dakwah Daerah Kecil Tungku).

Tujuan program adalah bagi memperingati dan mensyukuri peristiwa turunnya Al-Quran, mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW sebagai rahmat kepada manusia. Program dimulakan dengan bertadarus, majlis khatam Al-quran, Tazkirah “Rezeki Yang Barokah Tetap Dikaitkan Dengan Rasuah” oleh SPRM dan diakhiri dengan iftar Jamaei.

Turut mengimarahkan program ialah Tuan Adzmie Harun (PPT), Y.Bhg. Tuan Abdul Malek B. Lahai (RC Wilayah Sahabat Timur FGVPM Plantation, Zon Sabah), Pengurus Sahabat 26, Pengurus Sahabat 27, Pengurus Sahabat 28, Pengurus Sahabat 33, Pengurus Sahabat 34, Pengurus FASSB Sahabat 59, Pengurus KS Hamparan Badai dan orang awam.

Program yang diadakan di Dewan Kompleks Hamparan Badai dan diketuai oleh Ustazah Shariffah Norulfhaisha bt Ademawan (Guru Besar SAR Hamparan Badai) selaku tuan rumah. 

Link aturcara :  https://online.anyflip.com/pscms/ndqw/mobile/index.html