Skip to main content

Tugas utama bahagian ini ialah mentadbir-urus pejabat agama dari segi pengurusan kariah, masjid dan imam di seluruh Sabah. Bahagian ini diketuai oleh Timbalan Pengarah (Hal Ehwal Islam) merangkap Ketua Penolong Pengarah, Ustaz Awang Juri Bin Ag Tahir.

FUNGSI BAHAGIAN

  1. Pengurusan Hal Ehwal Islam
  2. Pengurusan Masjid
  3. Pengurusan Surau
  4. Pengurusan Taman Perkuburan
  5. Pengurusan Imam
  6. Pengurusan Guru Takmir
  7. Pengurusan Derma Khairat

 

ORGANISASI BAHAGIAN | LATAR BELAKANG MUIS

  • MUIS ialah Badan Berkanun ditubuhkan pada tahun 1971 di bawah Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak Negeri Sabah (1971) untuk mentadbir dan menguruskan hal ehwal Islam di negeri Sabah.
  • Bidang kuasa MUIS telah diperluaskan melalui pindaan Enakmen No. 15 (1977) dan No. 13 (1992).
  • Sejak 1996 dengan penubuhan JHEAINS, Jabatan Kehakiman Syariah dan Pejabat Mufti, maka peranan MUIS tertumpu kepada penggubalan dasar dan pengurusan aset.