1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Hubungi Kami

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, Tingkat 10 Blok A, Wisma MUIS, Beg Berkunci 103, 88737 Kota Kinabalu.

No Telefon:  088-217629 / 088-217259 / 088-224279 / 088-217759 / 088-212964 & 088-222436

No Faks: 088-233573 (Pejabat Pengarah)

Untuk Sebarang Urusan Berkaitan Kahwin: 

http://jheains.sabah.gov.my/portalncr/

Untuk Sebarang Urusan Berkaitan Mualaf/Memeluk Islam
/Kursus Saudara Baru: 

http://jheains.sabah.gov.my/saudarakita/

Aduan / Cadangan?

Sekiranya anda mempunyai Maklum Balas, Aduan, atau Cadangan mengenai LAMAN WEB atau PERKHIDMATAN JHEAINS, sila hantar email anda ke:

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Senarai Sekolah

Senarai Pelajar Cemerlang

Program Akademik

Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Negeri Sabah (MTQQNS) menawarkan 2 program akademik iaitu
  1. Persijilan
  2. Diploma Tahfiz

Klik sini untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut

E-Solat

Log Masuk (Staf Sahaja)

Kiraan Pelawat

Site Meter

Dalam Talian

We have 30 guests and no members online

Garis Panduan Kelayakan Imam - Datuk Nasir

alt

KELAYAKAN IMAM...Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Datuk Hj. Nasir Tun Sakaran (kanan) menjelaskan sesuatu kepada Adun Tanjong Batu,Datuk Hjh Hamisa Samat(kiri) dan Adun Membakut,Datuk Hj Mohd Ariffin Mohd Arif (tengah) sebelum persidangan dan perbahasan hari kedua Sidang DUN Sabah Penggal Ketiga Yang Ke-13 bermula pagi tadi.


Oleh: Arshad Hussin

SIDANG DUN SABAH: Kerajaan telah menetapkan garis panduan dan syarat kelayakan melantik imam-imam di negeri ini berpandukan skim-skim perkhidmatan jawatan berskel S.

Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Datuk haji Nasir Tun Sakaran memberitahu Dewan bahawa negeri Sabah mempunyai empat kategori imam iaitu Imam Bahagian;Imam Daerah;Imam Kariah dan Imam Rawatib.

Nasir berkata,sebelum 2 Julai 2009,perlantikan Imam bahagian menggunakan skim perkhidmatan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam skel S27 dan perlantikan Imam Daerah menggunakan skim perkhidmatan Pembantu Hal Ehwal Islam skel S17 sementara skim perkhidmatan Pembantu Rendah Hal Ehwal Islam skel S11 digunakan bagi perlantikan Imam Kariah.

Datuk Nasir yang juga Menteri bertanggungjawab mengenai Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah,berkata demikian semasa menjawab soalan Dewan yang diajukan Adun Tanjong Batu,Datuk Hajah Hamisa Samat.

Nasir menjelaskan,syarat-syarat dan kelayakan yang diperlukan bagi Imam Daerah hendaklah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengan serta diiktiraf oleh kerajaan dan mendapat kepujian dalam subjek Agama Islam dan lulus Bahasa Arab dan juga Bahasa Malaysia termasuk ujian lisan;kedua hendaklah memiliki Sijil Empat Thanawi atau Sijil Tinggi Agama dari sekolah agama Islam bantuan penuh kerajaan.

Sementara bagi jawatan Imam Kariah,calon hendaklah memenuhi syarat-syarat dan berkelayakan memiliki Sijil Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) atau Sijil Rendah Pelajaran (SRP) atau kelayakan yang setaraf dengannya dan diiktiraf oleh kerajaan serta mendapat kepujian dalam subjek Agama Islam dan lulus subjek Bahasa Melayu;mempunyai pengetahuan yang cukup mengenai fardhu 'Ain dan fardhu kifayah serta boleh membaca Al-Qur'an dengan baik.

Nasir juga menjelaskan calon untuk kedua-dua jawatan itu hendaklah mempunyai akhlak terpuji dan mulia serta berjaya dalam temu duga.

Katanya,walapupun berkuatkuasa mulai 2 Julai 2009,skim perkhidmatan Pembantu Rendah Hal Ehwal Islam gred S11 telah dijumudkan dan ekoran daripada itu,perlantikan Imam Kariah menggunakan skim jawatan Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S17 dan had umur bagi kedua-dua jawatan imam tersebut ialah 66 tahun.

Bagi Imam Rawatib pula,jawatan ini tidak mempunyai skim perkhidmatan khas dan tidak ada perlantikan.

Beliau menjelaskan,imam hanya diberi surat tauliah oleh Jabatan hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan syarat-syarat pemberian surat tauliah itu calon hendaklah mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang baik dan luas tentang agama Islam,mempunyai akhlak yang terpuji,mulia serta lulus temuduga dan elaun bulanan dibayar oleh Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM).