Skip to main content

KBSK Ar Raudah: Kelas Mualaf Dibawah JHEAINS

Pembukaan KBSK AR RAUDAH SECARA BERSEMUKA  

KBSK Ar Raudah adalah salah satu intensif yang diberikan kepada mualaf yang berhijrah dari agama lain ke agama Islam dengan dibekalkan pelajaran sesuai sukatan pemahaman & pembelajaran para mualaf. diantara subjek yang boleh dipelajari didalam kelas ini termasuklah bab solat, Iqra dan Al Quran, Bab Fardhu Ain dan juga Fardhu Kifayah. Kelas ini percuma untuk saudara yang memeluk agama Islam dan perlu dihadiri sebanyak empat kali dalam sebulan.  

Kelas ini sudah lama berlangsung dan mula aktif kembali ketika MCO berlangsung kerana kelas ini tetap dijalankan secara online. Pada Tahun 2023, KBSK Arraudah sudah mula berlangsung secara bersemuka kembali seperti sebelum ini dan semakin ramai pelajar yang turut mengahdiri bersama ahli keluarga.