Skip to main content
16
Jul
2023

Program Bicara Hijrah Bersama Pelajar KBSK Ar-Raudah Kota Kinabalu Sabah

Sempena sambutan Maal Hijrah, Bahagian Dakwah JHEAINS Kota Kinabalu telah mengadakan Program Bicara Hijrah Bersama Pelajar Kbsk Ar Raudah Kota Kinabalu pada 16 Julai 2023 (Ahad) yang bertempat di SAN Sembulan Kota Kinabalu Sabah. Program ini dihadiri oleh Pengarah JHEAINS Datuk Haji Saifulzaman bin Sangul, Timbalan Pengarah HEI Ustaz Awang Juri Ag Tahir, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JHEAINS Puan Shazlina binti Abdul Rashid, para staff Bahagian Dakwah, juga pelajar pelajar KBSK Ar Raudah bagi sesi 2023. 
Selesai sahaja kelas iqra & bacaan Al Quran dijalankan seperti biasa, para pelajar telah diberikan pengisian ceramah daripada Ustaz Rani sempena sambutan Maal Hijrah, dan diikuti dengan sumbangan bakul makanan khususnya utk pelajar KBSK Ar Raudhah.