Skip to main content

Iftar Bersama Saudara Kita Ramadhan 1444H/2023 & Penyerahan Duit Raya Dan Bantuan Kepada Asnaf Dan Anak Yatim 2023

Telah dilaksanakan iftar bersama Saudara Kita dan Penyerahan Duit Raya serta Bantuan kepada yang terpilih semasa bulan Ramadhan yang lalu. Pemilihan kelayakan penerima telah ditentukan oleh pihak Bahagian Zakat dan JHEAINS sesuai dengan tarikh pemilihan yang sesuai. Program ini selesai dilaksanakan seminggu sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri 2023. Diantara sumbangan yang telah diberikan selain daripada wang ringgit adalah bakul makanan untuk berbuka puasa, dan juga bakul makanan dan barangan rumah yang boleh digunakan sehingga Hari Raya Aidilfitri.