Skip to main content
19
Feb
2024

Bengkel Semakan Penilitian Undang-Undang Berkaitan Masjid, Surau & Tanah Perkuburan Islam Serta Pewujudan Kaedah Jawatankuasa Kariah Negeri Sabah

Bahagian Pentadbiran Masjid Wilayah dan Daerah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) telah mengadakan Bengkel Semakan dan Penelitian Undang-Undang Enakmen MUIS 2004 berkaitan masjid, surau, tanah dan Pewujudan Jawatan Pendaftar Masjid, Surau dan Tanah Perkuburan Islam Siri 2 Tahun 2024. Bengkel ini telah diadakan pada 19 hingga 23 Februari 2024 dan melibatkan JHEAINS, Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memperkemas Enakmen MUIS 2004 berkaitan masjid, surau, tanah, Kuasa Pendaftar dan tanah perkuburan Islam.