1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

 

2.4) Permohonan mendaftar perkahwinan yang diupacarakan berlawanan dengan mana-mana peruntukan EUKINS 2004 (samada perkahwinan dilaksanakan di dalam atau luar negeri Sabah).

1. Jika perkahwinan yang dilangsungkan adalah sah mengikut hukum syara’-

  • (a) Setelah pemohon menerima surat penolakan dari Jabatan, permohonan pengesahan dan pendaftaran perkahwinan hendaklah difailkan / dirujukkan ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan Perintah Mahkamah; dan
  • (b) Perkahwinan tersebut akan didaftarkan dengan perintah daripada Mahkamah menurut (Seksyen 12(2) EUKINS 2004)
  • (c) Perkahwinan yang tidak sah menurut Hukum Syara’ hendaklah difaraq (Seksyen 11 EUKINS 2004) dan (Seksyen 68 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah)

2. Jika perkahwinan dilaksanakan tanpa kebenaran pendaftaran perkahwinan dan pengeluaran surat perakuan nikah dilaksanakan setelah proses pendakwaan dijalankan dan bayaran denda telah dijelaskan.

3. Bagi perkahwinan yang tidak melibatkan kesalahan poligami, perkahwinan tersebut akan didaftarkan tetapi surat perakuan nikah hanya akan dikeluarkan setelah proses pendakwaan dilaksanakan dan bayaran denda telah dijelaskan.

4. Dokumen yang diperlukan:-

  • Perintah Mahkamah
  • Resit rasmi bayaran denda 
 

Sila klik gambar untuk mendapatkan paparan yang lebih jelas

2_4

Contoh Borang BPS(002)

bps002bps002

Borang boleh diambil di kaunter Ibu Pejabat JHEAINS atau Pejabat Agama Daerah yang berdekatan. Sila klik gambar untuk mendapatkan paparan yang lebih jelas

Untuk sebarang pertanyaan mengenai permohonan berkaitan perkahwinan, perceraian & ruju', sila hadir ke kaunter Ibu Pejabat JHEAINS atau Pejabat JHEAINS Daerah yang berdekatan. Anda juga boleh membuat panggilan telefon atau menghantar email terus ke dgkamariah.agyahya@sabah.gov.my . Harap Maklum.

Kursus Praperkahwinan Islam

  Jadual Modul Bersepadu
Kursus Praperkahwinan Islam
(Seluruh Negeri Sabah)
  Borang Untuk Mengikuti
Modul Bersepadu Kursus
Praperkahwinan Islam
 

Kursus Praperkahwinan Islam telah diwajibkan kepada semua bakal pengantin di negeri Sabah. Kegagalan Tuan/Puan mengikuti kursus tersebut boleh menyebabkan kelulusan permohonan kebenaran berkahwin tidak dapat diberikan.

Kursus Praperkahwinan Islam ini juga diwajibkan kepada bakal pengantin yang pernah berkahwin iaitu:
   -Janda - berumur 35 tahun & ke bawah 
   -Duda - berumur 40 tahun & ke bawah 
   -Poligami / Balu - Digalakkan

 

*Untuk pendaftaran Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam,  sila berhubung terus ke Pejabat JHEAINS Daerah kecuali Kota Kinabalu. Sila hubungi syarikat yang telah dilantik iaitu:
Mawaddah Management, Tingkat 1, Blok B Wisma MUIS Kota Kinabalu.
No Telefon: 088-255272

Alamat Perhubungan

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, Tingkat 10 Blok A, Wisma MUIS, Beg Berkunci 103, 88737 Kota Kinabalu. 

 No Telefon:

  • 088-217629 / 088-217259 / 088-224279
  • 088-217759 / 088-212964 / 088-222436

 No Fax:

  • 088-233573 (Pejabat Pengarah)
  • 088-252143 (Bahagian Pentadbiran Syariah)

Rundingcara Keluarga

Kepada pasangan yang mempunyai sebarang masalah rumahtangga, anda boleh membuat temujanji rundingcara keluarga melalui telefon, hadir ke pejabat, atau email seperti yang berikut:  
*Rundingcara keluarga ini merupakan satu proses membantu dalam pertemuan bersemuka yang melibatkan perhubungan dua hala di antara seseorang yang terlatih dengan suami isteri yang terperangkap dalam suatu keadaan yang sukar diatasi disamping membimbing dan membantu pasangan ke arah keharmonian & kebahagiaan perkahwinan berlandaskan syariat Islam. Untuk makluman, perkhidmatan ini adalah PERCUMA.

 

Aduan / Cadangan?

Sekiranya anda mempunyai Maklum Balas, Aduan, atau Cadangan mengenai LAMAN WEB atau PERKHIDMATAN JHEAINS, sila hantar email anda ke:  Aduan.Jheains@sabah.gov.my   

 

Dalam Talian

We have 18 guests and no members online

Semak Status Sijil Nikah

 
 
Membuat Semakan Status Sijil Nikah
*Terhad kepada pengguna yang menggunakan
talian Sabah.Net SAHAJA. Harap Maklum. 

 

Waktu Solat

Log Masuk Staf

Kiraan Pelawat

000105691