1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

 

1.2) Prosedur permohonan kebenaran berkahwin bagi pemohon dari luar negeri Sabah tetapi pemohon adalah Warganegara Malaysia

(1). Mana-mana pemohon dari luar Negeri Sabah warganegara Malaysia yang ingin berkahwin di Negeri Sabah hendaklah mengisi borang permohonan kebenaran berkahwin sebagaimana yang ditetapkan di Negeri masing-masing.

(Jika pemohon tinggal tetap selama 3 bulan atau lebih di mana-mana Kariah / Daerah dalam Negeri Sabah boleh membuat permohonan kebenaran berkahwin melalui Daerah pemastautinannya tanpa kembali ke Negeri Asal dengan menyertakan pengesahan tukar alamat dari Jabatan Pendaftaran Negara atau Majikan di mana pemohon bertugas atau Ketua Kampung tempat pemastautinannya). 

(2). Borang permohonan kebenaran berkahwin hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar perkahwinan, perceraian dan ruju’ Negerinya untuk mendapatkan pengesahan dan Kebenaran Berkahwin Luar Negeri.

(3). Hantar Surat Kebenaran Berkahwin Luar Negeri dan dokumen-dokumen berkaitan kepada Pendaftar perkahwinan, perceraian dan ruju’ Daerah di mana akad nikah dicadangkan. Dokumen-dokumen berkaitan ialah:

  • (a). Salinan MyKad/ Pasport / Surat Beranak Pemohon (disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara/Jabatan Imigesen Malaysia/ Kedutaan)
  • (b). Salinan Mykad/ Pasport wali dan 2 orang saksi (saksi hendaklah lelaki dan beragama Islam)
  • (c). Surat Pengesahan Bujang/Teruna/Dara dari majikan (jika bekerja/ Ketua Kampung di mana pemohon tinggal (jika tidak berkerja)/melalui Akuan Berkanun
  • (d) Sijil Kursus praperkahwinan Islam
  • (e). Laporan Kesihatan Human immunodeficiency virus (HIV)
  • (f). Surat Kebenaran Berkahwin Luar Negeri
  • (g). Kebenaran daripada majikan (Tentera/ Polis)
  • (h). Perakuan Memeluk Agama Islam (jika berkaitan) 
  • (i). Sijil nikah Ibubapa (jika pemohon perempuan anak pertama/ anak lelaki pertama yang akan menjadi wali) 
  • (j). Akuan Berkanun wali yang menyatakan pertukaran/perpindahan wali (jika berpindah Wali Nasab) 
  • (k). Sijil Cerai (surat pengesahan cerai) atau surat mati suami/isteri (termasuk muallaf yang pernah berkahwin ketika bukan Islam)
  • (l). Akuan berkanun yang menyatakan tidak lagi pernah berkahwin atau bertunang (jika pemohon pernah bercerai atau kematian suami/isteri) 
  • (m). Surat Kebenaran Berkahwin dari Mahkamah Syariah jika,
    • (i). Pemohon hendak berpoligami atau Lelaki yang bercerai dan masih dalam tempoh ‘iddah perceraian (isteri)
    • (ii). Pemohon bawah umur (Lelaki: bawah 18 tahun, Perempuan: bawah 16 tahun)
    • (iii). Pemohon tiada Wali Nasab atau jika berlaku perpindahan wali nasab
    • (iv). Pemohon adalah seorang janda yang mendakwa diceraikan sebelum disetubuhi.
    • (vi). Pemohon muallaf yang mempunyai suami atau isteri yang masih belum memeluk Islam

Sila klik gambar untuk mendapatkan paparan yang lebih jelas

1_2

Borang boleh diambil dari negeri masing-masing. Sila klik gambar untuk mendapatkan paparan yang lebih jelas

Untuk sebarang pertanyaan mengenai permohonan berkaitan perkahwinan, perceraian & ruju', sila hadir ke kaunter Ibu Pejabat JHEAINS atau Pejabat JHEAINS Daerah yang berdekatan. Anda juga boleh membuat panggilan telefon atau menghantar email terus ke dgkamariah.agyahya@sabah.gov.my . Harap Maklum.

Kursus Praperkahwinan Islam

  Jadual Modul Bersepadu
Kursus Praperkahwinan Islam
(Seluruh Negeri Sabah)
  Borang Untuk Mengikuti
Modul Bersepadu Kursus
Praperkahwinan Islam
 

Kursus Praperkahwinan Islam telah diwajibkan kepada semua bakal pengantin di negeri Sabah. Kegagalan Tuan/Puan mengikuti kursus tersebut boleh menyebabkan kelulusan permohonan kebenaran berkahwin tidak dapat diberikan.

Kursus Praperkahwinan Islam ini juga diwajibkan kepada bakal pengantin yang pernah berkahwin iaitu:
   -Janda - berumur 35 tahun & ke bawah 
   -Duda - berumur 40 tahun & ke bawah 
   -Poligami / Balu - Digalakkan

 

*Untuk pendaftaran Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam,  sila berhubung terus ke Pejabat JHEAINS Daerah kecuali Kota Kinabalu. Sila hubungi syarikat yang telah dilantik iaitu:
Mawaddah Management, Tingkat 1, Blok B Wisma MUIS Kota Kinabalu.
No Telefon: 088-255272

Alamat Perhubungan

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, Tingkat 10 Blok A, Wisma MUIS, Beg Berkunci 103, 88737 Kota Kinabalu. 

 No Telefon:

  • 088-217629 / 088-217259 / 088-224279
  • 088-217759 / 088-212964 / 088-222436

 No Fax:

  • 088-233573 (Pejabat Pengarah)
  • 088-252143 (Bahagian Pentadbiran Syariah)

Rundingcara Keluarga

Kepada pasangan yang mempunyai sebarang masalah rumahtangga, anda boleh membuat temujanji rundingcara keluarga melalui telefon, hadir ke pejabat, atau email seperti yang berikut:  
*Rundingcara keluarga ini merupakan satu proses membantu dalam pertemuan bersemuka yang melibatkan perhubungan dua hala di antara seseorang yang terlatih dengan suami isteri yang terperangkap dalam suatu keadaan yang sukar diatasi disamping membimbing dan membantu pasangan ke arah keharmonian & kebahagiaan perkahwinan berlandaskan syariat Islam. Untuk makluman, perkhidmatan ini adalah PERCUMA.

 

Aduan / Cadangan?

Sekiranya anda mempunyai Maklum Balas, Aduan, atau Cadangan mengenai LAMAN WEB atau PERKHIDMATAN JHEAINS, sila hantar email anda ke:  Aduan.Jheains@sabah.gov.my   

 

Dalam Talian

We have 20 guests and no members online

Semak Status Sijil Nikah

 
 
Membuat Semakan Status Sijil Nikah
*Terhad kepada pengguna yang menggunakan
talian Sabah.Net SAHAJA. Harap Maklum. 

 

Waktu Solat

Log Masuk Staf

Kiraan Pelawat

000114138