1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Khutbah Aidiladha 1437H

Khutbah Jumaat

Hubungi Kami

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, Tingkat 10 Blok A, Wisma MUIS, Beg Berkunci 103, 88737 Kota Kinabalu.

No Telefon:  088-522222

No Faks: 088-233573 (Pejabat Pengarah)

Untuk Sebarang Urusan Berkaitan Kahwin: 

http://jheains.sabah.gov.my/portalncr/

Untuk Sebarang Urusan Berkaitan Mualaf/Memeluk Islam
/Kursus Saudara Baru: 

http://jheains.sabah.gov.my/saudarakita/

Aduan / Cadangan?

Sekiranya anda mempunyai Maklum Balas, Aduan, atau Cadangan mengenai LAMAN WEB atau PERKHIDMATAN JHEAINS, sila hantar email anda ke:

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Senarai Sekolah

Senarai Pelajar Cemerlang

Program Akademik

Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Negeri Sabah (MTQQNS) menawarkan 2 program akademik iaitu
  1. Persijilan
  2. Diploma Tahfiz

Klik sini untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut

E-Solat

Log Masuk (Staf Sahaja)

Kiraan Pelawat

Site Meter

Dalam Talian

We have 66 guests and no members online

Artikel & Berita Terkini

Anugerah Maulidur Rasul SAW 1438H/2016M

Anugerah Maulidur Rasul Saw 1438H/2016M

 

 1.       Muqaddimah

 

Anugerah Maulidur Rasul SAW merupakan anugerah tertinggi Kerajaan Negeri Sabah sempena sambutan Maulidur Rasul SAW kepada individu yang telah menyumbang dalam pembangunan dakwah Islamiah, keilmuan, sosial budaya dan ekonomi di negeri ini. Anugerah ini merupakan pengiktirafan kepada sumbangan bakti yang telah dicurahkan.

 

  2.       Objektif

 

2.1  Memberi penghargaan kepada sumbangan cemerlang individu muslim dalam perkembangan dan pembangunan keilmuan, sosial budaya dan ekonomi di Sabah.

2.2   Menggalakkan inidividu terlibat dalam kemasyarakatan secara serius, berterusan dan berkesinambungan; dan

2.3   Melahirkan masyarakat penyayang  sesuai dengan sirah Rasulullah SAW.

 

  3.       Kriteria Pemilihan

 

3.1   Pemilihannya adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang beragama Islam di kalangan kakitangan kerajaan dan badan-badan berkanun di Sabah;

3.2   Penglibatan dalam aktiviti yang mencabar, berisiko tinggi atau berinovatif;

3.3  Tugas atau sumbangan yang diberikan itu adalah untuk kesejahteraan dan kemakmuran rakyat dan negara.

 

  4.       Cara Pemilihan

 

4.1  Semua pencalonan hendaklah menggunakan Borang K-MAULIDUR RASUL: 01/2016 (Lihat Lampiran A).

4.2  Pemilihan di peringkat daerah akan ditentukan oleh Jawatankuasa Peringkat Daerah sekiranya anugerah Maulidur Rasul tersebut dipertandingkan di peringkat daerah. Pencalonan hendaklah dihantar  kepada :

 

Urusetia Perayaan Hari Kebesaran Islam,

Bahagian Penyelidikan dan Informasi,

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah), Tingkat 9, Blok B,

Beg Berkunci 103, Wisma MUIS,

KOTA KINABALU.

Tel: 088-254396 Fax: 088-253449

U.P : (Ustaz Adam Abdul Hai & Ustazah Melati Muhiddin).

 

Jawatankuasa Peringkat Negeri berhak menentukan calon yang layak mengikut kriteria yang telah ditetapkan.

 

4.3   Penilaian dibuat melalui kajian (research), pengamatan (observation), pengetahuan (knowledge) dan maklumat kerajaan dan awam; dan

4.4   Pemilihan terbahagi kepada 2 kategori iaitu penerima kategori lelaki dan kategori wanita.

4.5   Pemilihan dan penganugerahan Maulidur Rasul dibuat satu (1) tahun sekali.

4.6   Tarikh tutup penyertaan bagi pemilihan anugerah Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sabah tahun 1438H/2016M ialah pada atau sebelum 14 NOVEMBER 2016.

 

  5.       Bentuk Penghargaan

 

5.1   Warkah Penghargaan Maulidur Rasul SAW;

5.2   Wang tunai bernilai RM7,500.00 (RINGGIT MALAYSIA: Tujuh Ribu Lima Ratus Sahaja);

5.3   Persalinan pakaian

5.4   Hadiah iringan

 

  6.       Penutup

 

Pengiktirafan ini diharapkan dapat menyuburkan rasa kecintaan kepada kerja-kerja dakwah dan kemasyarakatan yang sekaligus menyumbang kearah pembangunan Islam di Negeri Sabah.

 

 

           Muat Turun Borang