1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Khutbah Aidiladha 1437H

Khutbah Jumaat

Hubungi Kami

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, Tingkat 10 Blok A, Wisma MUIS, Beg Berkunci 103, 88737 Kota Kinabalu.

No Telefon:  088-522222

No Faks: 088-233573 (Pejabat Pengarah)

Untuk Sebarang Urusan Berkaitan Kahwin: 

http://jheains.sabah.gov.my/portalncr/

Untuk Sebarang Urusan Berkaitan Mualaf/Memeluk Islam
/Kursus Saudara Baru: 

http://jheains.sabah.gov.my/saudarakita/

Aduan / Cadangan?

Sekiranya anda mempunyai Maklum Balas, Aduan, atau Cadangan mengenai LAMAN WEB atau PERKHIDMATAN JHEAINS, sila hantar email anda ke:

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Senarai Sekolah

Senarai Pelajar Cemerlang

Program Akademik

Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Negeri Sabah (MTQQNS) menawarkan 2 program akademik iaitu
  1. Persijilan
  2. Diploma Tahfiz

Klik sini untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut

E-Solat

Log Masuk (Staf Sahaja)

Kiraan Pelawat

Site Meter

Dalam Talian

We have 96 guests and no members online

Borang Pencalonan Anugerah Ma’al Hijrah Peringkat Negeri Sabah

HEBAHAN : Borang Pencalonan Anugerah Ma’al Hijrah 2014 Peringkat Negeri Sabah

Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah ini merupakan anugerah tertinggi Kerajaan Negeri Sabah sempena sambutan Maal Hijrah kepada individu yang telah menyumbang dalam pembangunan masyarakat Islam di negeri ini. Anugerah ini merupakan pengiktirafan kepada sumbangan bakti yang telah dicurahkan.

 Objektif

  • Memberi penghargaan kepada sumbangan dalam pembangunan masyarakat Islam di Sabah baik dari segi sosial, ekonomi dan pendidikan;
  • Menggalakkan masyarakat Islam terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan secara serius, berterusan dan berkesinambungan; dan
  • Melahirkan masyarakat yang setia berkorban demi menegakkan syiar Islam sesuai dengan Roh Hijrah.

Kriteria Pemilihan

  1. Warganegara Malaysia atau bukan warganegara yang beragama Islam dan telah bermastautin di Negeri Sabah lebih dari 10 tahun, berumur 45 tahun ke atas;
  2. Penglibatan secara langsung dalam aktiviti sosial, ekonomi dan pendidikan di Sabah yang memberi kesan kepada gerakan dan perkembangan Islam di negeri ini; dan
  3. Mempunyai nilai-nilai akhlak yang baik dan terpuji dalam kehidupan bermasyarakat, berkeluarga dan sebagai individu muslim.

CARA PEMILIHAN

  • Semua pencalonan hendaklah mengunakan Borang K-Hijrah: 01;
  • Pemilihan di peringkat daerah akan ditentukan oleh Jawatankuasa Peringkat Daerah. Individu yang tidak dicalonkan di peringkat daerah tidak layak menyertai pencalonan ini. Walau bagaimanapun, Jawatankuasa Peringkat Negeri berhak menentukan calon yang layak mengikut kriteria yang telah ditetapkan;
  • Penilaian dibuat melalui kajian (research), pengamatan (observation), pengetahuan (knowledge) dan maklumat kerajaan dan awam; dan
  • Pemilihan dan penganugerah Tokoh Ma’al Hijrah dibuat satu (1) tahun sekali dan seorang pemenang seorang sahaja yang akan dinobatkan sebagai pemenang.

TARIKH TUTUP PENYERTAAN

  • Tarikh   tutup   penyertaan  ialah  pada  atau sebelum 03 OKTOBER 2014 (Jumaat).
  • Pencalonan bagi pemilihan di peringkat negeri hendaklah dihantar kepada:

Urus Setia,

Sambutan Hari Kebesaran Islam Peringkat Negeri Sabah,

Bahagian Penyelidikan & Informasi,

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS)

Tingkat 9, Blok A, Wisma MUIS,

KOTA KINABALU.

 

Muat turun borang pencalonan Anugerah Ma’al Hijrah secara online

1.     Anugerah Tokoh Ma'al Hijrah (pdf)

2.     Anugerah Tokoh Pendakwah Ma’al Hijrah (pdf)

3.     Anugerah Siti Khadijah (pdf)

4.     Anugerah Abdul Rahman Bin Auf (pdf)

5.     Anugerah Khalid Al-Walid (pdf)

6.     Anugerah Fatimah Az-Zahra (pdf)

7.     Anugerah Khas (pdf)

8.     Anugerah Masjid Surau (pdf)

9.     Anugerah Ar-Raudah (pdf)