1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Hubungi Kami

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, Tingkat 10 Blok A, Wisma MUIS, Beg Berkunci 103, 88737 Kota Kinabalu.

No Telefon:  088-217629 / 088-217259 / 088-224279 / 088-217759 / 088-212964 & 088-222436

No Faks: 088-233573 (Pejabat Pengarah)

Untuk Sebarang Urusan Berkaitan Kahwin: 

http://jheains.sabah.gov.my/portalncr/

Untuk Sebarang Urusan Berkaitan Mualaf/Memeluk Islam
/Kursus Saudara Baru: 

http://jheains.sabah.gov.my/saudarakita/

Aduan / Cadangan?

Sekiranya anda mempunyai Maklum Balas, Aduan, atau Cadangan mengenai LAMAN WEB atau PERKHIDMATAN JHEAINS, sila hantar email anda ke:

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Senarai Sekolah

Senarai Pelajar Cemerlang

Program Akademik

Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Negeri Sabah (MTQQNS) menawarkan 2 program akademik iaitu
  1. Persijilan
  2. Diploma Tahfiz

Klik sini untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut

E-Solat

Log Masuk (Staf Sahaja)

Kiraan Pelawat

Site Meter

Dalam Talian

We have 80 guests and no members online

Hari Kebesaran Islam Peringkat Negeri Sabah

Artikel & Berita Terkini

Ustaz Bungsu Aziz Jaafar, Mufti Baru Negeri Sabah

Oleh: Ahmad Haji Yassin

KOTA KINABALU - Ustaz Haji Bungsu @ Aziz bin Haji Jaafar 48, anak kelahiran Kampung Pimping Membakut yang juga Pensyarah Kanan Pusat Penilaian dan Kefahaman Islam UiTM Sabah dan merupakan anak jati Sabah yang pertama telah dilantik sebagai Mufti Kerajaan Negeri Sabah yang baru secara pinjaman untuk tempoh 3 tahun. Watikah pelantikan beliau sebagai Mufti Kerajaan Negeri Sabah telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Haji Mahiruddin di Istana Negeri pagi tadi (10 Ogos 2012).

Antara yang hadir menyaksikan penyampaian Watikah Pelantikan Mufti Kerajaan Negeri Sabah yang baru Menteri Di Jabatan Ketua Menteri Dato Seri Haji Nasir Tun Haji Sakaran, Pengerusi Sedco Datuk Haji Mohd Ariffin Arif, Pengerusi MUIS Datuk Suhaili Mohd Said, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Datuk Haji Nordin Siman, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah Datuk Haji Amri A Suratman dan Yang Amat Arif Ketua Hakim Syari’e Negeri Sabah Datuk Haji Jasri Mat Jakir.

Ustaz Haji Bungsu @ Aziz bin Haji Jaafar mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Kampung Pimping Membakut, (sekarang dikenali SK. Pengiran Jaya Kg.Pimping) kemudian melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah St Patrick Membakut seterusnya melanjutkan pelajaran di Syahadah Ibtidaiyyah Madrasah Al-Quran WadDin, Kg. Melayu Majidi Johor Bahru dalam Syadah Thanawiyyah Maahad Johor, Johor Bahru.

Ustaz Bungsu @ Aziz adalah lulusan Sarjana Muda dari Akademi Islam Universiti Malaya kemudian melanjutkan pelajaran Master beliau di Universiti Birmingham United Kingdom.