1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Khutbah Jumaat

Hubungi Kami

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, Tingkat 10 Blok A, Wisma MUIS, Beg Berkunci 103, 88737 Kota Kinabalu.

No Telefon:  088-217629 / 088-217259 / 088-224279 / 088-217759 / 088-212964 & 088-222436

No Faks: 088-233573 (Pejabat Pengarah)

Untuk Sebarang Urusan Berkaitan Kahwin: 

http://jheains.sabah.gov.my/portalncr/

Untuk Sebarang Urusan Berkaitan Mualaf/Memeluk Islam
/Kursus Saudara Baru: 

http://jheains.sabah.gov.my/saudarakita/

Aduan / Cadangan?

Sekiranya anda mempunyai Maklum Balas, Aduan, atau Cadangan mengenai LAMAN WEB atau PERKHIDMATAN JHEAINS, sila hantar email anda ke:

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Senarai Sekolah

Senarai Pelajar Cemerlang

Program Akademik

Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Negeri Sabah (MTQQNS) menawarkan 2 program akademik iaitu
  1. Persijilan
  2. Diploma Tahfiz

Klik sini untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut

E-Solat

Log Masuk (Staf Sahaja)

Kiraan Pelawat

Site Meter

Dalam Talian

We have 64 guests and no members online

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-55 Tahun 1433H/2012M di Johor

Berita & Foto Oleh: Ustaz Mohd Akmal Haji Othman (yang mengiringi rombongan ke Johor)

JOHOR BAHRU - Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke-55 bermula secara rasmi pada 4 Jun 2012 dengan perasmiannya dilakukan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor dengan kehadiran sekitar 2 ribu umat Islam memenuhi dewan berkenaan.

Antara tetamu kenamaan dari Sabah yang hadir dalam majlis perasmian tersebut ialah Tun Sakaran Dandai dan Toh Puan Siti Ruqayyah Panglima Abdullah, Menteri Di Jabatan Ketua Menteri YB Datuk Haji Nasir Tun Sakaran, Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) YB Datuk Haji Suhaili Said dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Datuk Haji Amri A. Suratman.

Bagi Negeri Sabah, qari diwakili oleh Ustaz Rafi Ghalil Abbas dari Tuaran sementara qariah ialah Cik Nur Faten Izzati binti Rablin berasal dari Kota Marudu yang kini sedang melanjutkan pengajian di Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Sabah. Faten telahpun mempersembahkan bacaannya pada malam tadi (malam kedua) dan Rafi dijadualkan mempersembahkan bacaan pada malam keempat (khamis malam jumaat).

Terdahulu, ketika ditemui kedua-dua peserta bersemangat tinggi untuk memberikan bacaan terbaik serta mengharapkan iringan doa daripada keluarga, rakan-rakan dan umat Islam di Sabah. Datuk Amri turut memberikan kata-kata semangat kepada kedua-dua mereka.

Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ini berlangsung selama lima hari bermula pada 4 Jun dan dijadualkan berakhir pada 8 Jun dengan penyampaian hadiah akan dilakukan oleh DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni al-Marhum Sultan Iskandar.