1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Khutbah Aidiladha 1437H

Khutbah Jumaat

Hubungi Kami

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, Tingkat 10 Blok A, Wisma MUIS, Beg Berkunci 103, 88737 Kota Kinabalu.

No Telefon:  088-522222

No Faks: 088-233573 (Pejabat Pengarah)

Untuk Sebarang Urusan Berkaitan Kahwin: 

http://jheains.sabah.gov.my/portalncr/

Untuk Sebarang Urusan Berkaitan Mualaf/Memeluk Islam
/Kursus Saudara Baru: 

http://jheains.sabah.gov.my/saudarakita/

Aduan / Cadangan?

Sekiranya anda mempunyai Maklum Balas, Aduan, atau Cadangan mengenai LAMAN WEB atau PERKHIDMATAN JHEAINS, sila hantar email anda ke:

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Senarai Sekolah

Senarai Pelajar Cemerlang

Program Akademik

Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Negeri Sabah (MTQQNS) menawarkan 2 program akademik iaitu
  1. Persijilan
  2. Diploma Tahfiz

Klik sini untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut

E-Solat

Log Masuk (Staf Sahaja)

Kiraan Pelawat

Site Meter

Dalam Talian

We have 58 guests and no members online

Pengenalan JHEAINS

Penubuhan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) bermula pada 1 Januari 1996. Sebelum itu, Pentadbiran Hal Ehwal Islam Negeri Sabah dikendalikan oleh Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS). Tugas dan tanggungjawab yang dikendalikan oleh MUIS telah dibahagikan kepada tiga (3) buah agensi yang telah dijabatankan iaitu Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Jabatan Kemuftian dan Jabatan Kehakiman Syariah.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) merupakan agensi Jabatan Kerajaan Negeri di bawah Jabatan Ketua Menteri, Sabah. JHEAINS ditubuhkan  melalui Kertas Kabinet Bil.25/95, RCC.101/469 Jld.3, 11 Ogos 1994 bagi melaksanakan dasar-dasar Majlis Ugama Islam Negeri Sabah (MUIS). Majlis Ugama Islam Negeri Sabah (MUIS) adalah berfungsi menggubal dasar dan polisi berkaitan pentadbiran hal ehwal Islam di negeri Sabah dan mengawasi pelaksanaan dasar berhubung dengan pentadbiran keadilan. Selain itu, MUIS berfungsi menasihat Yang DiPertua Negeri dalam perkara-perkara tertentu yang disebut dalam Enakmen Majlis Ugama Islam Sabah No. 5 Tahun 2004 dan Enakmen-enakmen lain yang berkaitan.

Rasional penubuhan JHEAINS adalah selaras dengan peranannya sebagai agensi pelaksana dan penguatkuasa bagi MUIS berdasarkan Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam Negeri Sabah 1992 dan kemudiannya diubah kepada Enakmen Majlis Ugama Islam Negeri Sabah No.5 tahun 2004.

Tanggungjawab utamanya ialah melaksanakan polisi-polisi yang digubal oleh MUIS, menguatkuasakan undang-undang Islam berkaitan kekeluargaan Islam seperti perkahwinan, perceraian dan rujuk serta nafkah dan penjagaan; pengawalan sekolah-sekolah agama Islam; kesalahan-kesalahan jenayah syariah; mengurus tadbir pembinaan, penyelenggaraan dan pengimarahan masjid/surau; pelaksanaan dan pemantauan aktiviti dakwah dan perkara-perkara lain berhubung dengannya serta meneruskan tugas dan tanggungjawab melaksanakan perkhidmatan sebelum ini dilaksanakan oleh Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)

Jabatan ini diketuai oleh seorang Pengarah yang dibantu oleh dua orang Timbalan Pengarah disamping beberapa orang Ketua Penolong Pengarah (KPP), dan pegawai staf yang berbagai-bagai jawatan dan pangkat.

 

Visi

Menjadi sebuah institusi berwibawa dalam mengembangkan syiar Islam dan melahirkan masyarakat sejahtera.

Misi

Mewujudkan pengurusan hal ehwal Islam yang cekap & berkesan.

 

Matlamat

Menjadi sebuah organisasi contoh dalam mengangkat martabat ummah ke arah mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat berasaskan nilai-nilai taqwa.

 

Objektif

Mengurus hal ehwal islam melalui pendidikan, dakwah dan undang-undang syariah untuk mencapai kesejahteraan ummah.

 

Fungsi

  • Melaksanakan Enakmen dan Dasar-dasar yang digubal oleh Majlis Ugama Islam Sabah(MUIS).
  • Melaksana, memantau dan mengukuh aktiviti dakwah.
  • Menguatkuasa dan melaksana Undang-undang kekeluargaan Islam berkaitan perkahwinan, perceraian dan rujuk, serta nafkah dan penjagaan.
  • Melaksanakan penguatkuasaan dan pendakwaan kesalahan-kesalahan jenayah syariah.
  • Mengawal sekolah-sekolah agama Islam.
  • Membina dan mengurus tadbira sekolah agama negeri, masjid, surau dan taman perkuburan.
  • Melaksana pengurusan makanan dan bahan gunaan Islam (HALAL) Negeri Sabah.
  • Perkara-perkara lain berhubung dengannya serta menjalankan tugas dan tanggungjawab melaksanakan perkhidmatan yang digariskan dalam Enakmen-Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Islam Negeri Sabah.

 

Nilai Bersama

Warga JHEAINS berpegang kepada Tujuh (7) Nilai Bersama dalam melaksanakan misinya ke arah pencapaian visi yang ditetapkan iaitu:

 

JATI DIRI

Mempunyai jati diri yang tinggi di dalam mengharungi cabaran untuk memartabatkan agama Islam.

 

HARMONI

Sentiasa menyemai rasa harmoni di kalangan warga JHEAINS dan masyarakat Islam.

 

ETIKA

Mengamalkan etika kerja yang efisyen dan sistematik.

 

AMANAH

Sentiasa mengamalkan sikap amanah dalam pelaksanaan tugas dan tanggungjawab.

 

IMAN, IKHLAS DAN INTEGRITI

Berkhidmat dengan penuh keimanan dan keikhlasan di dalam melaksanakan tugas dan sentiasa meningkatkan integriti dikalangan warga JHEAINS.

 

NILAI-NILAI MURNI

Sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni terutama dikalangan warga JHEAINS dan mendidik masyarakat Islam supaya menjalin ikatan silaturrahim sesama insan.

 

SEMANGAT KERJA BERPASUKAN

Memupuk dan menanamkan semangat kerja berpasukan (amal jamaie) di kalangan warga JHEAINS bagi memperkasakan organisasi.

 

Teras Strategik

Tujuh (7) Teras Strategik dikenalpasti bagi membantu JHEAINS melaksanakan Visi dan Misi yang ditetapkan. Teras Strategik tersebut adalah seperti berikut:

  1. Memperkasa Keupayaan dan Kapasiti Organisasi Bagi Meningkatkan Kecekapan Dan Penyampaian Perkhidmatan.
  2. Memantapkan Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Ke Arah Mendaulatkan Pelaksanaan Syariat Islam.
  3. Memperkasa Syiar Islam Melalui Penyelidikan, Penerbitan Dan Informasi Serta Pengurusan Persijilan Halal.
  4. Mempertingkatkan Kefahaman Dan Penghayatan Islam Kepada Masyarakat Bagi Melahirkan Khaira Ummah.
  5. Memantapkan Pengurusan Masjid Ke Arah Pembentukan Masyarakat Yang Mencintai Masjid.
  6. Mempertingkatkan Perkhidmatan Kekeluargaan Islam Berlandaskan Hukum Syara' Dan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Sabah, NO.8 tahun 2004.
  7. Memantapkan Kecekapan Guru Dan Pelajar Ke Arah Pencapaian Kecemerlangan Pendidikan Islam.

 

Carta Organisasi

Sila klik gambar dibawah untuk mendapat paparan yang lebih jelas


### #### ###### ##### ######## #### ##### ######## #### ##### ######## #### ##### ######## #### ##### ######## ####