1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Khutbah Jumaat

Hubungi Kami

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, Tingkat 10 Blok A, Wisma MUIS, Beg Berkunci 103, 88737 Kota Kinabalu.

No Telefon:  088-217629 / 088-217259 / 088-224279 / 088-217759 / 088-212964 & 088-222436

No Faks: 088-233573 (Pejabat Pengarah)

Untuk Sebarang Urusan Berkaitan Kahwin: 

http://jheains.sabah.gov.my/portalncr/

Untuk Sebarang Urusan Berkaitan Mualaf/Memeluk Islam
/Kursus Saudara Baru: 

http://jheains.sabah.gov.my/saudarakita/

Aduan / Cadangan?

Sekiranya anda mempunyai Maklum Balas, Aduan, atau Cadangan mengenai LAMAN WEB atau PERKHIDMATAN JHEAINS, sila hantar email anda ke:

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Senarai Sekolah

Senarai Pelajar Cemerlang

Program Akademik

Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Negeri Sabah (MTQQNS) menawarkan 2 program akademik iaitu
  1. Persijilan
  2. Diploma Tahfiz

Klik sini untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut

E-Solat

Log Masuk (Staf Sahaja)

Kiraan Pelawat

Site Meter

Dalam Talian

We have 93 guests and no members online

Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Toh Puan Hajah Rahmah di Kinarut Akan Mula Beroperasi Pada 9 Januari 2012 - Amri

Oleh: Ahmad Haji Yassin

KINARUT - Sekolah Menengah Agama Negeri Toh Puan Hajah Rahmah Kinarut (SMAN) yang terletak di Kinarut, 17 Kilometer dari bandar Kota Kinabalu akan memulakan operasinya mulai  9 Januari 2012, manakala pendaftaran bagi pelajar baru bagi pengambilan  tingkatan satu tahun ini akan mendaftar di sekolah tersebut dari 9 Januari 2012 hingga 11 Januari 2012.

Demikian ditegaskan oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS)  Datuk Haji Amri A Suratman selepas meninjau kerja-kerja persiapan di Sekolah Menengah Agama Negeri Toh Puan Hajah Rahmah di Kinarut petang kelmarin.

Turut sama-sama hadir dalam lawatan itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan (KPP) JHEAINS, Tuan Haji Ag Razak Ag Mumin, Arketik Bangunan, Jurutera dan  Nazir Sekolah-Sekolah Bahagian Pendidikan JHEAINS, Ustazah Hajah Aisah Kasan dan Hajah Zubaidah Jumadi.

Beliau juga memberitahu semua barang-barang Sekolah Menengah Agama Negeri Toh Puan Hajah Rahmah di Sembulan seperti meja dan kerusi pelajar dan guru akan mula diangkut mulai hari ini ke bangunan sekolah baru di Kinarut. Pengangkutan barang-barang serta peralatan sekolah dapat diselesaikan sebelum sesi pembukaan sekolah pada 9 Januari, katanya.

Mengenai pengambilan pelajar-pelajar baru tingkatan satu yang akan mula mendaftar pada 9 hingga 11 Januari depan, pada mulanya hanya satu kelas bagaimanapun hasil perbincangan Datuk Haji Amri dan Pengetua Sekolah Menengah Agama Toh Puan Hajah Rahmah, Tuan Haji Ag. Omar Pg. Gana, pengambilan baru tingkatan satu akan ditambah dua kelas ini bertujuan bagi memberikan peluang kepada pelajar yang membuat rayuan, tegasnya.

Menurut Datuk Haji Amri lagi,  mengenai  pembangunan fasa kedua  yang melibatkan pembesaran asrama putera dan puteri bangunan, rumah guru dan stadium sekolah tersebut, beliau berharap akan dapat dilaksanakan  tahun ini bagi memudahkan para pelajar menggunakan stadium tersebut terutama digunakan bagi kegunaan kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Agama Negeri,tegasnya