1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Khutbah Aidiladha 1434H

Hubungi Kami

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, Tingkat 10 Blok A, Wisma MUIS, Beg Berkunci 103, 88737 Kota Kinabalu.

No Telefon:  088-217629 / 088-217259 / 088-224279 / 088-217759 / 088-212964 & 088-222436

No Faks: 088-233573 (Pejabat Pengarah)

Untuk Sebarang Urusan Berkaitan Kahwin: 

http://jheains.sabah.gov.my/portalncr/

Untuk Sebarang Urusan Berkaitan Mualaf/Memeluk Islam
/Kursus Saudara Baru: 

http://jheains.sabah.gov.my/saudarakita/

Aduan / Cadangan?

Sekiranya anda mempunyai Maklum Balas, Aduan, atau Cadangan mengenai LAMAN WEB atau PERKHIDMATAN JHEAINS, sila hantar email anda ke:

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Senarai Sekolah

Senarai Pelajar Cemerlang

Program Akademik

Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Negeri Sabah (MTQQNS) menawarkan 2 program akademik iaitu
  1. Persijilan
  2. Diploma Tahfiz

Klik sini untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut

E-Solat

Log Masuk (Staf Sahaja)

Kiraan Pelawat

Site Meter

Dalam Talian

We have 65 guests and no members online

Generasi Muda Islam Disaran Terokai Pelbagai Ilmu Demi Masa Depan Mereka - Amri

Oleh: Ahmad Haji Yassin

KOTA KINABALU - Generasi muda Islam hari ini disaran agar terus menerokai pelbagai ilmu terutama ilmu yang berpaksikan Islam dalam memartabatkan Islam yang menjadi tunjang kekuatan umat Islam hari ini, kata Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah Datuk Haji Amri A Suratman.

Menurut Datuk Haji Amri, keadaan hidup generasi muda Islam pada hari ini begitu mudah menerokai pelbagai ilmu    yang sudah tersedia dan mereka hanya memilih bidang yang mereka sukai. Beliau menyatakan perkara ini semasa berucap pada Majlis Penutupan Klinik Solat anjuran Mahasiswa Program Ijazah Sarjana Muda Islam (Syariah & Dakwah) Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Cawangan Sabah dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan Kolej Yayasan Sabah (KYS) di Masjid Negeri, petang kelmarin. Teks ucapan beliau disampaikan oleh Imam Besar Masjid Negeri, Haji Ibrahim Kisab.

Seramai 50 peserta kursus yang terdiri daripada pelajar diploma Kolej Yayasan Sabah dan pelajar Pengajian Jarak jauh (PJJ)  termasuk 6 orang pegawai JHEAINS yang akan menamatkan pengajian mereka hujung tahun ini. Tegasnya, solat merupakan tiang agama yang juga merupakan benteng akidah kekuatan umat Islam selain melahirkan nilai-nilai akhlakul karimah (akhlak yang mulia). Sebab itu, setiap umat Islam wajib menunaikan solat lima waktu sehari semalam, katanya.

Menurut beliau, sebagai sebuah jabatan agama yang diamanahkan untuk mendukung misi dakwah dan tarbiah Islam, JHEAINS akan  sentiasa berusaha meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap agama Islam. Katanya, kefahaman adalah penting bagi memastikan diri terkeluar daripada kejahilan agama ke arah menikmati iman dan Islam yang begitu tdak ternilai harganya.

Nilai iman dan Islam itu bukan saja dapat dirasai semasa hidup di dunia ini malah nikmat iman dan Islam dapat dinikmati di akhirat kelak. Jesteru itu, beliau menyarankan kepada masyarakat Islam khususnya para peserta kursus agar meningkatkan ilmu pengetahuan agama Islam serta ilmu-ilmu  dan kemahiran lain bagi memastikan kualiti amalan dan kualiti hidup dapat dipertingkatkan, tegasnya.