1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Hubungi Kami

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, Tingkat 10 Blok A, Wisma MUIS, Beg Berkunci 103, 88737 Kota Kinabalu.

No Telefon:  088-217629 / 088-217259 / 088-224279 / 088-217759 / 088-212964 & 088-222436

No Faks: 088-233573 (Pejabat Pengarah)

Untuk Sebarang Urusan Berkaitan Kahwin: 

http://jheains.sabah.gov.my/portalncr/

Untuk Sebarang Urusan Berkaitan Mualaf/Memeluk Islam
/Kursus Saudara Baru: 

http://jheains.sabah.gov.my/saudarakita/

Aduan / Cadangan?

Sekiranya anda mempunyai Maklum Balas, Aduan, atau Cadangan mengenai LAMAN WEB atau PERKHIDMATAN JHEAINS, sila hantar email anda ke:

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Senarai Sekolah

Senarai Pelajar Cemerlang

Program Akademik

Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Negeri Sabah (MTQQNS) menawarkan 2 program akademik iaitu
  1. Persijilan
  2. Diploma Tahfiz

Klik sini untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut

E-Solat

Log Masuk (Staf Sahaja)

Kiraan Pelawat

Site Meter

Dalam Talian

We have 54 guests and no members online

Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Negeri Sabah (MTQQNS)

alt

  1. Merupakan sebuah institusi Pengajian Tinggi Agama yang pertama di bawah Kerajaan Negeri Sabah yang ditubuhkan pada tahun 1995
  2. MTQQNS ditadbir di bawah pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS)
  3. MTQQNS memulakan sesi pengajian pertama pada awal Januari 1996.
  4. Kini, MTQQNS telah melahirkan lebih 50 orang graduan Diploma Tahfiz sepanjang tempoh 13 tahun ia ditubuhkan.

 

Program Akademik

  1. Program akademik yang dilaksanakan adalah selaras dengan program akademik Darul Quran JAKIM.
  2. MTQQNS menyediakan 2 program akademik iaitu:-
    • Diploma Tahfiz
    • Persijilan
  3. Program Diploma Tahfiz dan Pengajian Al-Quran dan Qiraat dilaksanakan selama 3 tahun (6 semester).
  4. Program Persijilan dilaksanakan selama 1 tahun setengah (3 semester).
  5. Pembelajaran komputer dan Bahasa Inggeris juga termasuk dalam program akademik yang disediakan oleh pihak JAKIM.
 

[Borang kemasukan boleh didapat disini...]

 

Ko-Kurikulum

Pihak MTQQNS yang berada di bawah pentadbiran JHEAINS juga memberi galakan sepenuhnya kepada pelajar-pelajar dalam melaksanakan program-program ko-kurikulum bagi mengimbangi keserasian pengajian di dalam dan luar institut. Aktiviti ko-kurikulum yang disertai oleh MTQQNS antaranya:-

  1. Pertandingan Nasyid Peringkat Jabatan dan Bahagian.
  2. Pertandingan Tilawah Al-Quran.
  3. Pertandingan Hafazan.
  4. Pertandingan Sepanduk sempena Maulidur Rasul.
  5. Pertandingan Khutbah dan Azan.
  6. Pertandingan Marhaban dan Berzanji.
  7. Sukan Tahunan Institusi Pendidikan di bawah pentadbiran JHEAINS.
  8. Sukan Dwi Tahunan antara Maahad Tahfiz seluruh Malaysia.

 

Yuran serta Kemudahan yang disediakan

Pelajar yang berjaya menerima tawaran untuk mengikuti kursus Diploma Tahfiz di MTQQNS akan dikenakan yuran sekali sahaja untuk tempoh 3 tahun pengajian iaitu sebanyak RM250.00 sahaja. Pembayaran yuran oleh pelajar dibuat pada sesi pendaftaran kemasukan pelajar ke MTQQNS.

Pelajar-pelajar yang sudah mendaftar akan diberikan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh MTQQNS sepanjang tempoh pengajian termasuklah penginapan, makan minum, pakaian, buku, kad pelajar dan lain-lain.

 

Senarai Kemudahan-Kemudahan yang diberikan kepada pelajar-pelajar:-

  1. Tempat tinggal asrama lelaki dan perempuan.
  2. Makan minum percuma (Sarapan / Makan tengah hari / Makan malam). Pelajar juga akan diberikan bekalan minuman tambahan.
  3. Pakaian: setiap pelajar akan diberikan 2 pasang baju kuliah.
    • Pelajar lelaki:-
      • 1 pasang (Baju Melayu + Seluar Hitam + Songkok)
      • 1 pasang (Baju Melayu 1 set + Samping)
    • Pelajar perempuan:-
      • 2 pasang Jubah.
      • 2 pasang Kain Tudung Labuh.
  4. Kad Matriks pelajar.
  5. Buku Pengajian.
 

alt

alt

alt

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Syarat-syarat Kemasukan Persijilan

  1. Warganegara Malaysia dan lahir di Sabah.
  2. Berumur tidak melebihi 21 tahun.

Syarat-syarat Kemasukan Diploma

  1. Warganegara Malaysia dan lahir di Sabah.
  2. Berumur tidak melebihi 21 tahun.
  3. Mempunyai SPM dengan syarat kepujian Bahasa Malaysia, Bahasa Arab, Pengetahuan Agama Islam Tinggi, dan lulus Bahasa Inggeris.

*Proses kemasukan Diploma atau Persijilan akan melalui proses temuduga.

 

Peluang-Peluang Terbuka Selepas Tamat Pengajian

Pelajar-pelajar MTQQNS yang telah tamat pengajian dan memperoleh Diploma Tahfiz akan menerima pelbagai peluang terbuka sama ada ingin melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi ataupun mencari peluang pekerjaan di jabatan-jabatan awam dan swasta dalam bidang berkenaan.

-Peluang melanjutkan pelajaran:

Dalam Negara:-

  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
  • Universiti Malaya.
  • Universiti Kebangsaan Malaysia.
  • Universiti Pendidikan Sultan Idris.
  • Kolej Universiti Islam Antarabangsa.

Luar Negara:-

  • Universiti Al-Azhar, Mesir
  • Ma'ahad Qiraat Shoubra, Mesir
  • Ma'ahad Qiraat Al-Mansurah, Mesir (Perempuan)

-Peluang bekerja dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS)

-Peluang pekerjaan di jabatan-jabatan kerajaan dan sektor swasta dalam bidang yang berkaitan.

 

PENUTUP

Kewujudan MTQQNS adalah salah satu pemangkin kepada penyebaran syiar Islam di negeri Sabah. Pada awal penubuhan, kewujudannya belum dapat dirasai tetapi kini setelah 13 tahun, MTQQNS telah menampakkan satu hasil dan kian dikenali di serata negeri. Harapan supaya MTQQNS ini berkembang maju seiring dengan pembangunan negeri amatlah didambakan. Diharapkan juga kewujudan MTQQNS ini lebih mendapat perhatian oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab dan marilah kita membuka mata dan minda melihat kepentingan MTQQNS sebagai pemangkin kepada agama dan negara kita.

 

ALAMAT:

Pegawai Penyelaras,

Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Negeri Sabah,

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah,

Tingkat 9, Bahagian Pendidikan, Bangunan Wisma MUIS,

Beg Berkunci 103, 88737, Kota Kinabalu, Sabah.

Telefon: 088-222435/088-222436

 

atau;

 

Pengetua,

Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Negeri Sabah,

Peti Surat 640, 88858 Tanjung Aru.

Telefon: 088-317072

Fax: 088-317071